Wednesday, 11 January 2017

PTPTN: Reschedule VS Restructure loan

PTPTN lagi....

Ok.. Nak cerita pasal perbezaan antara reschedule dan restucture tu. Ramai jugak yang confuse dan tersalah pilih. Lepas tu, ada masalah nak buat loan, mula lah susah.
Sebabnya tak faham. Pegawai perunding pun tak semua yang nak fahamkan kita. Ataupun dia pun sebenarnya tak faham (mata keatas tangan ke bahu).

Princess pun masa memula buat research dekat blog-blog, agak confuse jugak sebenarnya reschedule dan restructure ni. Kena reschedule je ke, restructure ke, atau kena reschedule and restructure?

So, masa pergi setelkan tunggakan dekat kaunter ptptn hari tu, sempat lah tanya pegawai perunding tu. Alhamdulillah. Dapat pegawai perunding yang bagus and explain one by one. Yelah.. Kata confuse kan? Why not kita tanya je.

First sekali kita fahamkan perkataan reschedule dan restucture tu.
Reschedule= Penjadualan Semula
Restructure= Penstrukturan Semula

Actually, PTPTN cuma akan bagi kita pilih salah satu option sahaja. Sama ada kita nak reschedule atau restructure.

As for reschedule, hutang kita tu sebenarnya dibahagikan kepada tahun yang tinggal utk kita bayar. Contoh, loan kita kena bayar dalam masa 10 tahun, kita dh tertunggak 2 tahun, makanya 8 tahun yang tinggal untuk kita bayar hutang. Jumlah hutang yang tinggal tu akan dibahagikan kepada 8 tahun. Makanya bayaran bulanan kita akan jadi sedikit tinggi lah. Tapi kita akan jimat dekat kos pentadbiran which is kita tak tambah tahun.

As for restructure pulak, PTPTN sebenarnya akan jadikan hutang kita 10 tahun balik. Kita dh bayar tunggakan, baki tunggakan akan dibahagikan kepada 10 tahun. Makanya bayaran bulanan kita akan jadi rendah. Tapi kita kena bayar untuk lagi 10 tahun dan tambah kos pentadbiran. So bila dah macam tu, princess dah terdetik, mesti ada consequences lain jugak. (Kalau tak mampu lagi, paling tinggi boleh lanjutkan pembayaran sampai peminjam umur 60 tahun, bergantung pada budi bicara PTPTN)

So, princess mintak opinion dari pegawai perunding tu, mana yang lebih baik. Reschedule atau Restructure? So mula-mula dia buka table reschedule dan buat reschedule untuk baki hutang princess dan tanya, princess mampu tak bayar amount yang dia dah reschedule tu. Dalam hati masih mampu, but if I got a cheaper option, why not kan. So princess cakap, kalau saya tak mampu macam mana? boleh kurang lagi ke? Ini lah part yang maybe orang tak perasan. Actually bukan kita boleh mintak kurang sesuka hati. Masa mintak kurang ni lah, dia akan buka window lain which is untuk restructure. Memang bayaran bulanan jadi rendah la.

So since princess nampak yang dia dah bukak window lain, princess tanya, so kalau saya nak bayaran bulanan lebih rendah, kena buat restructure lah ye? Pegawai perunding tu cakap ya. So princess tanya ada apa-apa effect ke? Pegawai perunding tu cakap memang akan ada effect untuk loan yang besar, agak susah sikit nak approve. Tapi, pegawai perunding tu bertapi jugak, dia cakap untuk loan bank ni boleh bincang balik dengan pegawai bank. Tu semua budi bicara pihak bank.

Tapi, budi bicara ni bergantung kepada nasib jugak. Mungkin lepas 10 kali berunding baru nasib baik bank nak approve kan. Makanya, princess tak nak ambil risiko, princess cuma buat reschedule, sebab bayaran bulanan dia still princess boleh bayar. Kalau luar kemampuan princess, maybe princess terpaksa jugak buat restructure.

So nampak tak perbezaan reschedule dan restructure kat sini? Terpulang pada pendapat masing-masing nak buat reschedule atau restructure. Sebab korang sendiri yang nak kena bayar hutang korang. Tapi korang boleh pilih salah satu je. Korang nak reschedulu ke restructure?

Fikir masak-masak ok. Yang ada tunggakan tu cecepat kumpul duit dan bayar. Nanti lagi lama tertunggak, lagi banyak. Hutang wajib dibayar ye. Actually korang pun boleh bayar tunggakan dengan akaun dua KWSP. Tapi princess tak buat sebab tu untuk kegunaan masa depan. Princess simpan je sikit-sikit duit gaji, simpan dulu nawaitu nak shopping. Sebab simpan sendiri untuk masa depan mesti susah nak menyimpan kan. So simpanan yang dah ada tu jangan lah kacau. Tu cara princess. Korang punya cara terpulang lah.

Ok lah.. tu je..
Kalau tak faham boleh je comment kat bawah.

Have a nice day!

7 comments:

  1. kalau da buat penjadualan semula maknanya amount tertunggak kite jadi kosong balik la kan? tenkiuuuu

    ReplyDelete
  2. ohh camtuhh tq yaa

    ReplyDelete
  3. Tq.. Sgt berguna info cik ni.. Kalo tak mesti sy buat restructure.. 😊

    ReplyDelete
  4. Assalmuallaikum.. Princes.Kalau kita buat reschedule, lps tu nk buat loan, bank, senang tk bank nk lulus kan loan?

    ReplyDelete
  5. Casinos in Las Vegas, Nevada, United States - MJH
    Find Casinos in Las Vegas, 창원 출장안마 Nevada, United States and review 김해 출장안마 top Casinos in 수원 출장안마 Las Vegas, Nevada, 청주 출장샵 United 동해 출장마사지 States.

    ReplyDelete
  6. Lepas restructure bayaran balik hanya bolehdibuat dari potong gaji atau direct debit...shj ke
    Sebab I prefer untuk bayar sendiri kat portal ptptn lepas restructure.

    ReplyDelete
  7. Thankyou..faham dengan jelas

    ReplyDelete