Hmmmm...
Actually, dah lama terfikir benda ni. But I don't know how to express, how to think or how to handle.
Terfikir jugak, princess ni jahat ke? Princess ni tak normal ke?
Princess ada seorang boyfriend, yang princess tak tahu nak declare boyfriend ke tak.
We have this kind of relationship which is macam couple biasa. But I am still uncertain with my feelings, walaupun dah dekat 3 tahun kitorang in a relationship.
But untuk sampai 3 tahun tu pun of course, there is up and down. 3 tahun tu maybe ada 2 tahun je kot yang kitorang betul-betul spend time together. The rest is for gaduh, bawak diri, putus, sambung balik.
And some more, this is a long distance relationship. This is a good thing la untuk princess. Sebabnya princess sejujurnya tak reti nak dating-dating ni. Nak keluar, lepak, makan, berkepit, tak reti. For him, quite ok. So to be honest, ada la kot kitorang dating 2-3 times je dalam 3 tahun ni. Dia kat Selangor, princess kat utara.
Princess tak pernah declare yang princess ada boyfriend even to my best friend. Lagipun diorang tak pernah tengok princess keluar dating, so nothing yang diorang boleh curiga la kan. Tapi, walaupun best friend tak tahu, mommy princess tahu princess ada dia. Bila mommy tahu tu, mesti lah akan keluar soalan bila Mr N tu nak datang jumpa mommy lah, nak datang meminang lah.
Mr N ni orang dia biasa-biasa je. Family dia mungkin senang sikit, tapi dia, biasa-biasa je. Education level dia cuma SPM. Kerja dia pun as Warehouse Assistant je. So boleh agak la kan dia punya earning tu macam mana. Princess tak pernah kisah pun semua tu. Princess pun kerja, so I don't really need his money.
Tapi...berbalik pada tanggungjawab, as a man, kalau kitorang nak hidup sesama, dia patut sediakan apa yang wajib lah kan. Memikirkan tu, rasa sedikit insecure. Honestly, princess tak pernah tanya berapa gaji dia, ataupun tengok payslip dia. Cuma based on apa yang kitorang dah share in this 3 years, untuk diri dia sendiri pun cukup-cukup je. Tengah or hujung bulan mesti dah kering. Baju raya, tak pernah beli. Princess yang hadiahkan untuk 1 year, and for the next following year, dia still pakai baju yang princess bagi. Alasan dia because dia tak selalu pakai baju melayu. Indeed yes lah sebab pergi solat jumaat dia dengan baju kerja.
Itu belum kadang-kadang dia bergurau nak pinjam duit, ataupun dia akan bagitau, duit dia cuma ada sekian-sekian je. So princess tak sure tu duit dia yang mmg tinggal ke, atau tu duit belanja dia je. Untuk saving dia ada yang lain. Because princess tak suka nak tanya benda-benda macam ni. But bila dia bergurau tu, mesti akan ada insecure. Yelah. Itu baru dia sorang. Belum ada Isteri dan anak lagi. Kalau dah ada Isteri dengan anak, cukup ke?
Being a princess in the family, princess dah biasa senang. It's not that family princess kaya. Tapi senang. Bukan lah tak pernah susah, tapi susah tu masih senang. Tak pernah makanan bercatu, pakaian bercatu. Memang mommy princess bersusah payah usaha lepas arwah abah dah meninggal untuk pastikan yang kitorang adik beradik still dapat macam masa arwah abah ada. Lagipun masa arwah abah pergi, dia tinggalkan kitorang dengan semuanya lengkap. Rumah, Kereta, Motor, Duit Simpanan and Pencen Bulanan. Yang tak lengkap cuma abah dah tak ada.
So princess terfikir, mampu ke princess hidup dengan dia. Mampu ke dia nak jaga princess. Kalau dah ada anak, mampu ke dia? Yuran sekolah anak je dah berapa sekarang. Bukanlah princess tak nak tolong, princess boleh tolong. Tapi haruslah kena bahagikan. Tapi kalau tengok keadaan dia sekarang, gaji dia tu macam cukup untuk diri dia sendiri je. Macam mana nak bahagikan untuk princess, untuk anak-anak?
Entahlah.. Jahat ke princess fikir macam tu? I am not materialistic, I am just being realistic here. Kalau la princess kahwin dengan dia cuma untuk membebankan dia, I don't think I should marry him at the first place. Tapi yang boleh nampak, he seriously in love with me, sabar dia tinggi sangat, tak pernah tinggi suara even princess salah. Dia tegur, tapi tak marah. Benda tu buat princess berfikir sebenarnya. Mr N ni pun dah 30 series dah. Maybe dia dah lagi matang.
I dont know..... I am just confused....
No comments:
Post a Comment