Tuesday, 10 January 2017

PTPTN dah macam Ah Long!

Perhhh.. starting entry dah tajuk macam ni.
Buat hal princess berangan ni.

Ok. Actually, PTPTN yang buat princess rasa nak menulis blog balik. Before this ada dah menulis. Tapi menulis main-main je. Blog tu pun princess dah tak ingat. Yelah, cerita 6-7 tahun yang lalu.
Lupakan je blog lama princess tu. Meh kita berbalik pada tajuk princess kat atas tu.

Ko dah kenapa princess? Meroyan tetiba kat PTPTN sampai tetiba tertulis blog?

Alkisahnya, princess baru je start kerja, makanya memang berniat lah sesangatnya nak bayar hutang PTPTN yang masa degree dulu. Hutang kan wajib dibayar. Sebelum ni tak kerja lagi, makanya tak ada lah duit nak bayar hutang PTPTN kan. Actually mommy princess ada je suruh bayar PTPTN dengan duit dia after princess grad. Tapi tak nak la macam tu. Masa study pun ingat duit PTPTN tu cukup ke?? Still tengah-tengah sem mommy bagi duit. So tak nak la susahkan mommy lagi.

Makanya, dengan nawaitu yang suci murni, hujung bulan November princess pun call lah PTPTN careline kat 03-2193 3000. Berundinglah princess dengan seorang perunding ni, princess cannot remember her name. Dia bagitau la princess ada tunggakan sekian-sekian dan kena setelkan tunggakan pinjaman dulu baru boleh buat pembayaran bulanan macam biasa. Kalau tak, still akan ada tunggakan. Princess dah ada info pasal ni  because ada jugak buat research sikit kat blog-blog. So I am not surprised, and actually dah prepare sikit saving utk bayar tunggakan tu, unfortunately not enough. So princess inform her yang princess tak ada duit sebanyak tu. Then she said, boleh bayar sikit dulu, then buat penjadualan semula. She asked me to pay RM 1250. But my monthly payment later would be high because akan buat penjadulan semula kan. At that time saving utk PTPTN cuma ada 1k. So princess said that by end of  December princess akan bayar tunggakan RM 1250 and buat penjadualan semula. Tunggu gaji lah kan. So we set the deal there. Princess tanya nama dia before end of conversation, but sadly maybe princess tulis kat rough paper je, and rough paper tu princess dh terbuang.

So, since dah buat rundingan untuk settle hutang, lega lah sikit kepala dan hati kan. Sebab akhirnya dah dapat melangkah setapak untuk bayar hutang. Kalau tak, asyik teringat je. Berhutang ni memang akan rasa tak aman kan. Padan muka princess. Sapa suruh buat hutang. Luckily princess dulu study kat IPTA. So tak de la banyak hutang tu. Just 16k something because ada 1 sem princess tak ambil pinjaman. Ada colleague kat sini yang study IPTS, sampai 60-70k hutang diorang. Kesian jugak. Gaji lebih kurang je.

Unfortunately, tengah-tengah lega tu, mommy princess called, at early of December, bagitau ada surat from PTPTN. Princess tanya mommy surat apa, then mommy bacakan. By the time mommy habis baca tu, memang princess marah sangat-sangat. Menyirap darah princess sampai ke muka. Memang panas muka princes. You know what letter princess received? SURAT SAMAN!! And yang pour the diesel into the fire is, THAT SURAT SAMAN COST ME RM50!! The hell betul. Surat tu la princess cakap kat mommy PTPTN ni dah macam Ah Long. That letter suruh princess bayar SEMUA tunggakan in 14 days from the letter date, kalau tak kena naik court, and settle SEMUA TOTAL LOAN. So tak macam Ah Long ke??

What makes me angry more is, sebelum ni, tak pernah sampai any surat from PTPTN. Princess repeat, TAK PERNAH! Inform pasal tunggakan ke apa, memang TAK PERNAH. But, when kita baik sangat, pergi call, tanya semua, terus saman. Macam tu ke rundingan sepatutnya? Padahal princess dah nak pergi bayar dah. I already have that money. Kan princess cakap akan bayar by end of December. Dah la surat saman pun cost me RM50. Seriously, memang rasa terkilan dan kecewa sangat. Because we have that good intention, tapi diorang lagi menganiaya bila hantar surat saman yang kena caj. So I have to add on another RM50. Untuk yang dah lama kerja, gaji banyak, RM50 might be nothing. Tapi untuk princess n kengkawan, yang baru nak mula hidup di zaman jibby yang semua benda mahal ni, we all struggle. RM50 is a lot.

So pengajaran untuk you all yang ada niat untuk buat rundingan, make sure you all dah ada duit untuk bayar at that time. If you all tak ada duit, jangan pergi berunding. Because diorang bukan bagi rundingan untuk selesaikan, tapi menambahkan beban kita. Surat saman RM50, lepas tu kena bayar semua tunggakan in 14 days, kalau tak naik court. Kalau tunggakan orang tu banyak? 5k ke, 10k ke, macam mana? in 14 days nak cari mana? Betul tak bila princess cakap macam Ah Long? I am pretty sure yang ramai new graduates tengah kumpul tunggakan PTPTN. Sebabnya susah nak dapat kerja zaman sekarang, plus gaji ciput. Alasan employer, tak ada pengalaman. I have been there.

So, disebabkan duit dah ada, terus princess pergi kaunter PTPTN dan setelkan dekat sana. I said I tak ada duit nak bayar amount tunggakan dalam surat saman tu. I only have, RM 1250, based on my rundingan before at PTPTN careline. Since I already said based on my rundingan before, pegawai perunding kat kaunter tu accept and terus buat penjadualan semula. Nasib baik sikit, from that RM 1250, dia tolak siap-siap bayaran surat saman tu. Tapi, hutang princess cuma bayar RM 1200 je lah.

Marah macam mana pun, hutang still kena bayar kan. Cuma memang sangat terkilan dengan surat saman tu. Rasa teraniaya. Dekat luar sana berapa ramai yang tak bayar PTPTN, yang dah bertahun-tahun dan tak ada inisiatif nak tanya, tak dapat surat saman. Kita yang baru je siap call lagi nak berunding, terus kena saman. Tapi lepas dah buat penjadualan semula ni, lega sikit. After this cuma perlu konsisten je bayar. Tak nak sampai surat saman lagi dah dari  Ah Long berlesen ni. Cukup la bayar kos pentadbiran dengan hutang je. Jangan nak tambah bayaran yang bukan-bukan.

Pesan princess untuk kengkawan, jangan pilih kerja. Apa yang penting, kerja dulu biarlah gaji ciput pun. Sambil-sambil kerja tu, cari kerja baru yang offer better pay. Kita tengah kerja, dah ada pengalaman, so nak minta gaji lebih kat new employer, InshaaAllah senang new employer nak bagi. Kalau lagi nasib baik, kerja dulu dengan gaji ciput, tapi kita buat kerja baik-baik, amanah, niat kerana Allah, bos akan nampak potensi kita, Bila bos dah nampak potensi kita, tak payah tunggu bertahun kerja, dah dapat naik gaji, naik position. Bila bos dah sayang, bos tak nak lepaskan, bos bagi kontrak pulak, dah kita job secured for few years. Yang penting kita bertapak dulu. Bila dah bertapak baru senang nak menapak. 

Cukup lah kot bebel hari ni. Have a nice day!
P/s: Ramai yang confuse Reschedule dengan Restructure. Nanti princess buat entry pasal tu ok

No comments:

Post a Comment